KUALA LUMPUR: Jumlah trafik untuk perjalanan udara pada Jun 2022 yang diukur dalam jumlah hasil penumpang bagi setiap kilometer (RPK), meningkat 76.2 peratus berbanding Jun 2021 didorong oleh pemulihan kukuh yang berterusan dalam trafik antarabangsa, kata Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
IATA dalam satu kenyataan dikeluarkan pada Khamis berkata di peringkat global, trafik kini berada pada 70.8 peratus daripada paras sebelum krisis (pandemik).
"Trafik domestik untuk Jun 2022 meningkat 5.2 peratus berbanding tempoh tahun lepas. Penambahbaikan kukuh dalam kebanyakan pasaran, digabungkan dengan beberapa kelonggaran sekatan berkaitan subvarian Omicron dalam pasaran domestik China telah menyumbang kepada jumlah trafik tersebut," kata IATA.
Ia berkata jumlah trafik domestik Jun 2022 adalah pada 81.4 peratus daripada paras Jun 2019.
Trafik antarabangsa meningkat 229.5 peratus berbanding Jun 2021 dengan penamatan sekatan perjalanan di kebanyakan bahagian Asia-Pasifik menyumbang kepada pemulihan, katanya.
Kenyataan itu juga berkata RPK antarabangsa untuk Jun 2022 mencapai 65.0 peratus daripada paras Jun 2019.
"Permintaan untuk perjalanan udara kekal kukuh. Selepas dua tahun penutupan dan sekatan pintu sempadan, orang ramai mengambil kesempatan daripada kebebasan itu untuk mengembara ke mana sahaja mereka mahu," kata Ketua Pengarah IATA Willie Walsh.
Beliau berkata perjalanan udara untuk musim panas Hemisfera Utara kini sedang berjalan, jangkaan bahawa penamatan sekatan perjalanan akan mengakibatkan permintaan perjalanan yang terpendam sekarang sudah terserlah.
Pada masa yang sama, memenuhi permintaan itu terbukti mencabar dan ia berkemungkinan akan berlanjutan, katanya.
"Lebih-lebih lagi untuk terus menunjukkan fleksibiliti kepada peraturan peruntukan slot di lapangan terbang. Hasrat Suruhanjaya Eropah untuk kembali kepada keperluan peruntukan slot 80-20 adalah terlalu awal.
"Lihat sahaja isu yang dihadapi oleh syarikat penerbangan dan penumpang mereka di beberapa hab lapangan terbang. Lapangan terbang ini tidak dapat menyokong kapasiti yang diisytiharkan walaupun dengan slot semasa sebanyak 64 peratus dan telah melanjutkan had penumpang baru-baru ini sehingga akhir Oktober," katanya.
Fleksibiliti masih menjadi perkara penting untuk menyokong pemulihan yang berjaya, kata Walsh.
"Dengan mengehadkan bilangan penumpang, lapangan terbang menghalang syarikat penerbangan daripada mendapat manfaat daripada permintaan yang kukuh. Lapangan Terbang Heathrow di London, United Kingdom telah cuba menyalahkan syarikat penerbangan atas gangguan itu," katanya.
Bagaimanapun, data Prestasi Tahap Perkhidmatan untuk enam bulan pertama tahun ini menunjukkan bahawa lapangan terbang itu telah gagal bagi menyediakan perkhidmatan asas dan tidak mencapai sasaran dalam perkhidmatan keselamatan penumpangnya sebanyak 14.3 mata, kata Walsh.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 04 2022
Walsh berkata, selepas dua tahun penutupan dan sekatan pintu sempadan, orang ramai mengambil kesempatan daripada kebebasan itu untuk mengembara ke mana sahaja mereka mahu. - Gambar hiasan
Jangan bimbang dengan peraturan baharu - China
China yang mempunyai pertikaian kedaulatan maritim dengan Filipina dan negara lain yang menuntut wilayah, telah mengeluarkan peraturan baru yang berkuat kuasa pada 15 Jun.
Harimau Malaya 'tempang' harungi aksi kelayakan Piala Dunia/Piala Asia
Skuad kebangsaan bakal mengharungi baki dua perlawanan terakhir kumpulan bagi aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 tanpa lima tonggak utama yang terpaksa diketepikan pada saat-saat akhir.
Pesawat SIA alami penurunan ketinggian mendadak
Kementerian itu menambah, pada pukul 7.49 pagi waktu tempatan, 21 Mei, pesawat itu sedang melepasi selatan Myanmar pada ketinggian 37,000 kaki dan kemungkinan terbang di kawasan yang sedang berlaku aktiviti perolakan.
Korea Utara hantar lebih 200 belon sampah ke Korea Selatan
Tentera Korea Selatan memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menyentuh belon putih dan beg plastik yang melekat padanya kerana ia mengandungi sisa kotor dan sampah.
28 maut, lebih 20 cedera bas jatuh gaung di barat daya Pakistan
Sekurang-kurangnya 28 orang terbunuh dan lebih 20 orang cedera dalam kemalangan bas di daerah Washuk, wilayah Balochistan, barat daya Pakistan.
Tun M persoal kenapa penuntut di Malaysia tak suara bantahan
Bekas Ahli Parlimen Langkawi itu melahirkan rasa kagum melihat mahasiswa dan mahasiswi universiti di Amerika dan Eropah berdemonstrasi menyokong Palestin dan mengutuk Israel.
IFRC tuntut penyelesaian politik, gencatan senjata
Kate Forbes menegaskan, peperangan yang hampir memasuki lapan bulan perlu dihentikan bagi membolehkan penyaluran bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Jemaah kirim kurma, jubah hingga 40kg melalui Pos Laju di tanah suci
Lembaga Tabungn Haji (TH) memudahkan urusan jemaah haji Malaysia untuk mengirimkan brangan seperti kurma, jubah, sejadah dan cenderahati dari Tanah Suci melalui khidmat ditawarkan Pos Malaysia Bhd melalui perkhidmatan kuriernya, Pos Laju di Mekah dan Madinah.
Kerajaan Perpaduan belum mesyuarat pilih calon
Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan setakat ini belum mengadakan mesyuarat berhubung pemilihan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.
DBKL akan sediakan empat kontraktor di setiap kawasan Parlimen
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menydiakan empat kontraktor bagi setiap kawasan Parlimen untuk kerja-kerja penyelenggaraan pokok di ibu negara.
Jumlah trafik udara meningkat 76.2 peratus pada Jun 2022 - IATA
Di peringkat global, trafik untuk perjalanan udara kini berada pada 70.8 peratus daripada paras sebelum krisis pandemik.